JABATAN KECEMASAN & TRAUMA
 
 

Umumnya Jabatan Kecemasan dan Trauma dikenali dengan nama Unit Kemalangan & Kecemasan (Accident and Emergency Department) , kemudian diubah kepada Unit Kecemasan . Pada masa ini ia dikenali dengan Unit Kecemasan & Trauma .

Suatu masa dulu adalah sebagai  pintu masuk untuk pesakit menerima rawatan dan masuk ke wad . Unit Kecemasan bertindak sebagai “ Bus Stop “ dimana pesakit  terus dimasukan ke wad tanpa rawatan sepatutnya. Peranan unit ini telah dipertingkatkan  mengikut perkembangan perubatan terkini dan pada masa ini merupakan sebuah unit yang memberikan rawatan awal dan menstabilkan pesakit  untuk mengelakkan morbidity dan mortality meningkat. Pada tahun 1990, pembaharuan telah di buat di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan melaksanakan Sistem Triage , Zone Rawatan , Asthma Bay dan OSCC  untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

 Perkhidmatan Pre Hospital (Pre Hospital Care)

    • Menyediakan Perkhidmatan Pra Hospiral dan rawatan kecemasan .
    • Menyediakan Pasukan Perlindungan Perubatan (medical standby team) .
    • Menyediakan Pasukan Perkhidmatan Pra Hospital dan Pasukan Bertindak Kecemasan semasa kejadian bencana .
  • Perkhidmatan Call Centre 

Membantu regional call centre iaitu MECC Hospital Ipoh  sebagai salah satu `hub’ (Hospital Daerah)  bagi menguruskan panggilan ambulan dan menghantar bantuan  Pasukan  Pra Hospital dengan kadar segera ke tempat kejadian.

  • Hospital Care
    • Beroperasi 24 jam sehari.
    • Melakukan diagnostik dan rawatan pemulihan bagi kes-kes kecemasan .
    • Memberikan rawatan awal untuk kes – kes bukan kecemasan .

 

  • Pengurusan Bencana
    • Sentiasa bersiap sedia untuk memberikan rawatan kecemasan bila diperlukan semasa bencana.
    • Menyediakan pasukan perubatan semasa kejadian atau bencana selaras dengan Arahan MKN 20.

 

  • Perkhidmatan lain.
    • Memberikan rawatan kepada pesakit bukan kecemasan di klinik lokum pada waktu yang ditetapkan.
    • Melakukan pemeriksaan dan memberi rawatan terhadap tahanan polis.
    • Mengendalikan kes – kes medicolegal di One Stop Crisis Centre (OSCC).
    • Mengendalikan jenazah / mayat , menguruskan proses bedah siasat ( post mortem ) dan penyerahan jenazah / mayat kepada waris.
 

Cetak  
Image

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hospital Kuala Kangsar.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1328 x 768, pelayar Mozilla Firefox Terkini .

Kemaskini Terakhir : Rabu 16 November 2022, 00:25:45.

40144 (61)

Seksyen Orang Awam
Kemudahan Untuk Pelanggan Kami
Maklumat Am
Lain-Lain

Seksyen Swasta

Seksyen Warga HKK
PAUTAN PANTAS
SISTEM ONLINE
Perkhidmatan Atas Talian
  • SiSPAA - Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  • MYCPD  - Online Monitoring Of Continuing Professional Developemet
  • ePatuh - Sistem Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
  • GPIS  - Government Procurement Information System
  • BPFK- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM
  • S3PK - Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan
  • e-Measles - Sistem Maklumat Siasatan Measles
  • Fosim Domestik- Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik
  • Portal HRMIS - Sistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
  • NDR - National Diabetes Registry
Penerbitan
Khidmat Kaunseling
Perkhidmatan Kaunseling di Unit Fisioterapi
diadakan pada setiap hari ( Isnin - Jumaat)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian
05-7763333 sambungan 606

Memberi perkhidmatan konsultasi diet/sokongan
pemakanan (Nutrition Support) bagi pesakit dalam
dan luar. Konsultasi juga dijalankan secara berkumpulan
bagi pesakit luar. Unit Dietetik & Sajian juga memberi
pendidikan dietetik kepada komuniti.

Kaunseling ubat-ubatan di Farmasi Pesakit Luar meripakan
aktiviti profesional yang dijalankan oleh Pegawai Farmasi untuk
menambah pengetahuan pesakit dalam rawatan farmakoterapi
dan meningkatkan komplians terhadap pengubatan pesakit.
SeksyenMediaKesihatan
SeksyenPautanPantas
SeksyenIntranet
Kemudahan Fasiliti
SeksyenDataTerbuka

Apa Itu Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Data Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Perak - klik sini

Kalendar Aktiviti
No events
Tender & Sebutharga